Pink Spinning Heart Within A Heart Faktor Kejayaan Kepada Pelajar | CaHaYa KeHiDuPaN

Sunday, May 11, 2014

Faktor Kejayaan Kepada Pelajar

         
Kegagalan merupakan faktor kejayaan kepada pelajar

  1. Pelajar yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  2. Kegagalan bermakna bahawa kita belum berjaya lagi..
  3. Kegagalan bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa .Ia akan bermakna apabila telah mempelajari sesuatu.
  4. Kesilapan akan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  5. Kita tidak gagal tetapi kita hanya menemui cara yang tidak berkesan lagi.
  6. kita tidak harus berkata KENAPA SAYA? Kita seharusnya bersyukur kerana kita telah dipilih.
  7. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  8. Kegagalan bukan bermakna kita tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna dengan kita perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  9. Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  10. "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  11. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang kita lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  12. Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  13. Tiada siapa yang berhak mengecop kita sebagai orang yang gagal,kecuali diri kita sendiri.
  14. Sekiranya kita menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa kita ke mana-mana.
  15. Kesialpan-kesilapan lalu memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  16. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk kita mencuba lagi untuk berjaya!!.
  17. Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas pada hakikatnya!!.
  18. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  19. Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  20. Sekali gagal, tidak bermakna kita telah tewas,.....kita hanya tewas apabila kita telah berputus-asa.

So bangunlah daripada dibuai mimpi...dalam kontek pelajar kita tidak seharusnya berfikir kita tidak boleh untuk buat itu dan ini...org yg selalu bagi alsan adalah org yang gagal pada hakikatnya...so untuk trus berjaya dan berjaya berusahalah bersungguh-sungguh..seorg pelajar yg berjya merupaakn seorg pelajar yg berani mgambil risiko bukanlah seorg pelajar yg pngecut...tewas sebelom berperang dimedan ilmu... 







0 comments:

Post a Comment