Pink Spinning Heart Within A Heart CaHaYa KeHiDuPaN

Tuesday, May 13, 2014

Fikirkanlah

“Tidak penting apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita tetapi
apa yang lebih penting ialah apa
yang kita fikirkan tentang
diri kita dan orang lain.”


Tanda Kasih Sayang Allah kepada Hamba-NYA

Hidup ini sangat la indah..
andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..
Hidup ini amat la derita..


andai kita memandang ia sbg satu penderitaan yang tak berkesudahan..


Renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini..
Demi menenangkan hati yang celaru..
Demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan..
Supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini..
Dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..”
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )

Sering kali kita terdengar luahan rasa insan-insan yang berputus asa ketika diuji. Ada ketikanya, mereka mencari penyelesaian yang salah, mencederakan diri sendiri, menyakiti diri sendiri, menyeksa diri sendiri dan seumpamanya.Ada jua yang sering menyalahkan takdir yang menimpa diri, mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka, memikirkan tiada yang menyayangi diri mereka, termasuklah Allah yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendaknya.Ada jua yang memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang dihadapi. Pabila iman di dada semakin tipis, aqidah yang dipelajari sedari kecil semakin pudar, yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan syaitan. Inilah yang akan terjadi.
Ini bukan sekadar kata-kata kosong. Kata-kata yang tidak memahami tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar. Kerana diri ini jua pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu. Mujur, saat dugaan datang menyapa, iman diri walaupun menipis, masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang buruk.
Janganlah cepat berputus asa dalam meniti ujian yang mendatang. Janganlah mencari salah siapa atas dugaan yang menimpa. Redhakan lah diri. Lapangkan hati. Bukakan lah minda. Terima ketentuan setiap yang terjadi. Yakinlah dengan setiap hikmah yang ada. Kukuhkan lah kesabaran dalam jiwa.
“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”
(Az-Zumar 40:53)
 “Dengan mengingati Allah, jiwa pasti akan menjadi tenang”


Bila terbaca akan petikan ini, teringat akan kejadian yang telah menimpa  sahabat sekuliah iaitu Nurul Auni Wajihah dan Suami Muhammad Rabani..Sesungguhnya begitu berat dugaan yg menimpa mereka di usia perkahwinan mereka yg baru 2 bulan..Mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 Apri 2014.. yg mana keadaan k.auni agk kritikal..manakala bani tidak mengalami kecederaan yg serius...alhamdulillah pembedahan tulang belakang k.auni berjaya dilaksanakan pada 27 April 2014. Sekarang Alhamdulliah beliau dalam keadaan stabil dan ceria2 selalu disamping suami tercinta,keluarga tersayang dan juga sahabat handai.



Sekitar majlis perkahwinan mereka



sekitar kejadian....di Muar, Johor


Keadaan k.auni di Hopital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor

Berat mata yg memandang namu berat lagi bahu yg memikul....itulah ungkapan yg sesuai digambarkan ketika pelawat yg datang melaeat k.auni...namun apa yg saya nampak semasa datang melawat...k.auni sentiasa tersenyum kepada setiap pelwat yg datang...riak wajahnya tidak menunjukkn kskitan yg dialami...namun hanya k.auni dan Allah yg tahu akan keadaan yg sebenar...terserlah kekuatan dan ketabahnya distu...

Sesungguhnya K.auni dan bani berjaya melepasi tahap ujian ini dengan kesabaran yg tinggi...kalian teramat kuat dalam menghadapinya..saya sngt bangga dengan kalian berdua...bersyukurlah kerana kalian adalah insan yg terpilih untuk mengarungi ujian ini...dan kalian mmg bertuah mmpunyai keluarga, sahabat dan kenalan yg sangat prihatin akan keadaan kalian...mungkin disebalik kejadian yg menimpa kalian ada seribut hikmah yg disabaliknya yg tiada siapa tahu akannya kecuali Allah S.W.T. Mgkin juga ini sebagai ujian untuk mnguji kekuatan cinta halal kalian..semoga cinta kalian utuh walaupun apa jua melanda..melainakan ajal dan maut yg memisahkan.
Pecayalah bahawa dugaan dan ujian itu adalah penyeri kehidupan. Itulah hakikatnya. Tersenyumlah sahabat ketika dirimu diuji. Kerana ketahuilah, dengan diuji, kita tahu bahawa Allah masih mengambil berat tentang kita. Tak mengabaikan kita dan menyayangi kita. Lalu kita diuji untuk Dia mengetahui tahap keimanan diri kita terhadap-Nya. Untuk Dia ketahui tahap kita mencintai-Nya. Ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi musibah yang telah menimpai....
Tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup kita. Terasa pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita hadapi. Kegembiraan itu hanya dapat dirasai apabila kesedihan berlalu. Bahagia itu datang pabila derita dapat diatasi. Dugaan dan ujian ini juga untuk mengajar kita supaya berfikir dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan harian di dunia ini.
Betapa halus cara Allah mendidik kita agar kita tak terleka dalam menghadapi dunia yang fana ini. Carilah hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap kejadian kerana yakinlah dugaan yang datang bukan untuk menghukum tetapi untuk membimbing diri kita. Jadi jelaslah sekarang cara yang paling sesuai ketika menghadapi dugaan hidup adalah menyerahkan hatimu kepada Allah. Mohonlah perlindungan dan bantuan-Nya. Kerana Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala yang tersirat di dalam nuranimu. Allah jua yang mampu menbantu kita kerana Allah itu Maha Berkuasa.
(p/s: “bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damai lah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat dan akrab dengan-Nya..”)

#pRaY4aUnIEbAniE
Smoga k.auni cpt smbuh...dan dpt msuk kuliah....belajar bersama dgn daiemuda tercinta....

Sunday, May 11, 2014

Potret Kasih Sayang Nabi S.A.W

POTRET KASIH SAYANG NABI S.A.W


Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah Nabi yang diutus sebagai rahmat untuk seluruh Alam, dan beliau adalah seorang Nabi yang sangat penyayang terhadap seluruh makhluk, baik manusia, binatang maupun tumbuhan. Berikut ini beberapa hadits yang menjelaskan kasih sayang Nabi terhadap sesama manusia, sekalipun manusia tersebut kafir dan menolak dakwah beliau shallallahu ‘alaihi wasallam,
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahwasanya dia pernah bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, “Apakah Anda pernah melewati (merasakan) suatu hari yang lebih berat dibandingkan hari perang Uhud?”. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab,
لَقَدْ لَقِيتُ مِنْ قَوْمِكِ مَا لَقِيتُ وَكَانَ أَشَدَّ مَا لَقِيتُ مِنْهُمْ يَوْمَ الْعَقَبَةِ إِذْ عَرَضْتُ نَفْسِي عَلَى ابْنِ عَبْدِ يَالِيلَ بْنِ عَبْدِ كُلَالٍ فَلَمْ يُجِبْنِي إِلَى مَا أَرَدْتُ فَانْطَلَقْتُ وَأَنَا مَهْمُومٌ عَلَى وَجْهِي فَلَمْ أَسْتَفِقْ إِلَّا وَأَنَا بِقَرْنِ الثَّعَالِبِ فَرَفَعْتُ رَأْسِي فَإِذَا أَنَا بِسَحَابَةٍ قَدْ أَظَلَّتْنِي فَنَظَرْتُ فَإِذَا فِيهَا جِبْرِيلُ فَنَادَانِي فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ قَدْ سَمِعَ قَوْلَ قَوْمِكَ لَكَ وَمَا رَدُّوا عَلَيْكَ وَقَدْ بَعَثَ إِلَيْكَ مَلَكَ الْجِبَالِ لِتَأْمُرَهُ بِمَا شِئْتَ فِيهِمْ فَنَادَانِي مَلَكُ الْجِبَالِ فَسَلَّمَ عَلَيَّ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ فَقَالَ ذَلِكَ فِيمَا شِئْتَ إِنْ شِئْتَ أَنْ أُطْبِقَ عَلَيْهِمْ الْأَخْشَبَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلْ أَرْجُو أَنْ يُخْرِجَ اللَّهُ مِنْ أَصْلَابِهِمْ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
” Sungguh aku banyak merasakan gangguan (perlakuan jahat) dari kaummu. Dan gangguan paling berat yang datang dari mereka adalah ketika kejadian pada hari Al-Aqabah ketika aku menawarkan diriku kepada Ibnu ‘Abdi Yalil bin ‘Abdi Kulal namun dia tidak mau memenuhi keinginanku. Lalu aku pergi dengan wajah sedih, aku tidak sadar kecuali aku telah berada di Qarnu ats-Tsa’aalib. Aku mengangkat kepalaku ternyata aku berada di bawah awan yang menaungiku, dan ternyata di atasnya ada Jibril ‘alaihissalam, lalu dia memanggilku seraya berkata, “Sesungguhnya Allah mendengar ucapan kaummu terhadapmu dan apa bantahan mereka kepadamu. Dan Dia (Allah) telah mengutus kepadamu Malaikat penjaga gunung, untuk kamu perintahkan sesuai kehendakmu terhadap mereka. ”  Kemudian Malaikat penjaga gunung memanggilku, lalu memberi salam kepadaku kemudian berkata, “Wahai Muhammad, apa yang kamu inginkan katakanlah. Jika kamu ingin aku akan timpakan kepada mereka dua gunung Akhsyab (niscaya akan aku lakukan).” Maka Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab,  ” Tidak (aku tidak ingin itu), akan tetapi aku berharap kepada Allah bahwa akan terlahir dari tulang sulbi mereka orang-orang yang menyembah Allah semata dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.” (HR. Al-Bukhari no. 3059 dan Muslim no. 4754 dan redaksi ini ada dalam Shahih al-Bukhari)
Dari Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata,
 أن امرأة وجدت في بعض مغازي رسول الله صلى الله عليه وسلم مقتولة . فأنكر رسول الله صلى الله عليه وسلم قتل النساء والصبيان >> رواه البخاري ومسلم
” Sesungguhnya pernah ada seorang perempuan yang terbunuh pada salah satu peperangan. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallammengingkari (menolak dan tidak membenarkan) pembunuhan terhadap wanita dan anak-anak.” (HR. Al-Bukhari (2851) Muslim (4645))
Dan dalam riwayat lain,
وفي رواية لهما ( وجدت امرأة مقتولة في بعض تلك المغازي . فنهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن قتل النساء والصبيان
” Ada seorang perempuan yang terbunuh pada salah satu peperangan tersebut. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang pembunuhan terhadap wanita dan anak-anak.” (HR. Al-Bukhari Muslim (4646))
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,
كان غلام يهودي يخدم النبي صلى الله عليه وسلم فمرض ، فأتاه النبي صلى الله عليه وسلم يعوده ، فقعد عند رأسه ، فقال له : أسلم . فنظر إلى أبيه وهو عنده ، فقال له : أطع أبا القاسم صلى الله عليه وسلم ، فأسلم ، فخرج النبي صلى الله عليه وسلم وهو يقول : الحمد لله الذي أنقذه من النار >> رواه البخاري
” Dahulu ada seorang anak Yahudi yang senantiasa melayani (membantu) Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian ia sakit. Maka, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendatanginya untuk menjenguknya, lalu beliau duduk di dekat kepalanya, kemudian berkata, ” Masuk Islam-lah!” Maka anak Yahudi itu melihat ke arah ayahnya yang ada di dekatnya, maka ayahnya berkata, ‘Taatilah Abul Qasim (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam).” Maka anak itu pun masuk Islam. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar seraya bersabda, ” Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari Neraka.”” [Shahih Bukhari, No. 1356, 5657]
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
من قتل نفسا معاهدا لم يرح رائحة الجنة ، وإن ريحها ليوجد من مسيرة أربعين عاما . رواه البخاري
”Barang siapa yang membunuh seorang kafir Mu’ahad tidak akan mencium aroma Surga, padahal aroma Surga sungguh didapatkan dari jarak sejauh empat puluh tahun perjalanan.” (HR. al-Bukhari)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata,
قيل : يا رسول الله ! ادع على المشركين . قال ” إني لم أبعث لعانا . وإنما بعثت رحمة “. رواه مسلم
Dikatakan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ”Wahai Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam! Doakanlah keburukan (laknatlah) atas kaum musyrikin.” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ” Sesungguhnya aku diutus bukan sebagai pelaknat, namun aku diutus sebagai rahmat (pembawa kasih sayang).” (HR. Muslim)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata,
كنت أدعو أمي إلى الإسلام وهي مشركة . فدعوتها يوما فأسمعتني في رسول الله صلى الله عليه وسلم ما أكره . فأتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا أبكي . قلت : يا رسول الله ! إني كنت أدعو أمي إلى الإسلام فتأبى علي . فدعوتها اليوم فأسمعتني فيك ما أكره . فادع الله أن يهدي أم أبي هريرة . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ” اللهم ! اهد أم أبي هريرة ” فخرجت مستبشرا بدعوة نبي الله صلى الله عليه وسلم . فلما جئت فصرت إلى الباب . فإذا هو مجاف . فسمعت أمي خشف قدمي . فقالت : مكانك ! يا أبا هريرة ! وسمعت خضخضة الماء . قال فاغتسلت ولبست درعها وعجلت عن خمارها . ففتحت الباب . ثم قالت : يا أبا هريرة ! أشهد أن لا إله إلا الله ، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله . قال فرجعت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فأتيته وأنا أبكي من الفرح . قال قلت : يا رسول الله ! أبشر قد استجاب الله دعوتك وهدى أم أبي هريرة . فحمد الله وأثنى عليه وقال خيرا . قال قلت : يا رسول الله ! ادع الله أن يحببني أنا وأمي إلى عبادة المؤمنين ، ويحببهم إلينا . قال فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ” اللهم ! حبب عبيدك هذا – يعني أبا هريرة – وأمه إلى عبادك المؤمنين . وحبب إليهم المؤمنين ” فما خلق مؤمن يسمع بي ، ولا يراني ، إلا أحبني .. رواه مسلم
” Dahulu aku senantiasa mengajak ibuku agar masuk Islam, saat itu dia adalah wanita musyrik. Pada suatu hari aku mengajaknya, namun dia justru memperdengarkan (berkata) kepadaku tentang Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam sesuatu yang tidak aku sukai. Maka aku mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam keadaan menangis, lalu aku berkata, ” Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku terus-menerus mengajak ibuku masuk Islam, lalu dia menolakku. Kemudian pada hari ini aku mengajaknya untuk itu, namun dia justru memperdengarkan kepadaku mengenai dirimu sesuatu yang tidak aku sukai. Maka doakanlah kepada Allah agar memberikan petunjuk kepada ibu Abu Hurairah.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdoa: ” Ya Allah, berilah hidayah kepada ibu Abu Hurairah” Kemudian aku keluar dengan perasaan gembira karena do’a Nabiyullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut. Ketika sampai rumah, lalu aku melihat ke pintu ternyata aku dapati pintu rumah sedikit terbuka, sehingga ibuku mendengar langkah kedua kakiku, lalu dia berkata:” Tetaplah di tempatmu wahai Abu Hurairah.”. Lalu aku mendengar suara gemericik air. Abu Hurairah berkata:“ Ternyata dia mandi lalu mengenakan pakaian rumahnya dan bergegas memakai kerudungnya, lalu membukakan pintu. Kemudian dia berkata:” Wahai Abu Hurairah, aku bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang benar selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.”. Abu Hurairah berkata:“ Aku pun kembali menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, aku menemui beliau sambil menangis karena bahagia.” Kemudian aku berkata:” Wahai Rasulullah, bergembiralah, sesungguhnya Allah telah mengabulkan doa anda dan memberikan hidayah (petunjuk) kepada ibu Abu Hurairah.” Maka beliaupun memuji Allah, menyanjung-Nya dan mengucapkan kata-kata yang baik. Abu Hurairah berkata, “Aku berkata:” Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar menjadikan aku dan ibuku dicintai oleh hamba-hamba-Nya yang beriman dan agar Allah membuat kami pun mencintai mereka.” Abu Hurairah berkata:“ Maka Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam berdoa:” Ya Allah, jadikanlah kedua hambamu ini –yakni, Abu Hurairah- dan ibunya sebagai orang yang dicintai oleh hamba-hamba-Mu yang beriman dan jadikanlah keduanya mencintai orang-orang yang beriman.” Maka sejak itu tidaklah ada seorang mukmin yang tercipta dan mendengar tentang diriku atau melihatku melainkan pasti mencintaiku.” (HR. Muslim dalam Kitab Fadha’il as-Shahabah)
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata,
قدم طفيل بن عمرو الدوسي وأصحابه ، على النبي صلى الله عليه وسلم فقالوا : يا رسول الله ، إن دوسا عصت وأبت ، فادع الله عليها ، فقيل : هلكت دوس ، قال : ( اللهم اهد دوسا وأت بهم ) رواه البخاري
”Thufail bin ‘Amr ad-Dausi dan para Shahabatnya datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu mereka berkata, “Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, sesugguhnya suku Daus ingkar dan enggan (masuk Islam), maka doakanlah keburukan atas mereka.” Ada yang mengatakan, ”Celakahlah Daus.” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallamberdoa, ”Ya Allah berilah hidayah kepada suku Daus dan datangkanlah mereka (dalam keadaan Islam).”
Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhuma bahwasanya para Shahabat berkata,
يا رسول الله ! أحرقتنا نبال ثقيف ، فادع الله عليهم . فقال : اللهم اهد ثقيفا >> رواه الترمذي بسند صحيح
”Wahai Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, panah-panah Bani Tsaqif menyerang kami, doakanlah keburukan atas mereka. ”Maka Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ”Ya Allah berilah hidayah kepada Bani Tsaqif.” (HR. at-Tirmidzi dengan sanad shahih)
Dan masih banyak lagi hadits-hadits yang menjelaskan tentang kasih sayang beliau terhadap manusia dan makhluk lainnya.
ALHAMDULILLAH KITA PANJATKAN RASA SYUKUR DENGAN NIKMAT YANG TIDAK TERNILAI YANG DIANUGERAHKAN OLEH ALLAH S.W.T KEPADA KITA IAITU MENGUTUSKAN SEORANG NABI YANG MENDIDIK KITA SEORANG ISLAM YANG SEJATI DAN PADA MASA YANG SAMA MENJADI PENYELAMAT UMMAT BUAT KITA SEMUA. AYUHLAH KITA BERSELAWAT KEPADA BAGINDA SEBAGAI TANDA RASA KECINTAAN KITA DAN BERTERIMA KASIH KITA KEPADA BAGINDA DIATAS PENGORBANAN YANG TIDAK TERNILAI INI.

للَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد


Redha Ilahi

Rasulullah bersabda bermaksud:
"Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya,dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya."

Hadis riwayat al-hakim

Pengalaman Seorang Teman


                       JiKa tErInGaT tEnTaNg DiRiMu
                           bErLiNaNg AiR mAtAkU

Ianya bukanlah sekadar lirik lagu...tapi bagiku potongan ayat ini amat terkesan di hatiku buat masa ini..bagitu ramai yang berbicara tentang dirimu duhai sahabat..semoga tabah dalam mengharungi dugaan ini.. doa kami sentiasa mengiringimu..sesungguhnya Allah maha mengetahui disebalik apa yg berlaku..

Dengan izin Allah, berkat kesabaran dan kekuatan dirimu,sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga, sahabat handai serta kenalan2 kamu peroleh kekuatan yang sungguh luar biasa yang mana tidak semua orang mmpu untuk menghadapinya. Siapa tahu disebalik susuk tubuhmu yang kecil molek mempunyai kekuatan yang jarang didapati dalam diri org lain. Bahkan aku sndiri blom tntu sekuatmu dalam mghrungi dugaan yg amat berat ini..Aku sangat teruja dengan kesabaran dn kekuatan yang dimiliki oleh mu..semoga kesembuhan milikmu duhai sahabat. Sama2 lah kita mendoakan agar pembedahan tulang belakang k.auni wajihah pada hari ini berjalan dengan lancar.

#daiemuda#PrAy4aUniE

Faktor Kejayaan Kepada Pelajar

         
Kegagalan merupakan faktor kejayaan kepada pelajar

  1. Pelajar yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  2. Kegagalan bermakna bahawa kita belum berjaya lagi..
  3. Kegagalan bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa .Ia akan bermakna apabila telah mempelajari sesuatu.
  4. Kesilapan akan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
  5. Kita tidak gagal tetapi kita hanya menemui cara yang tidak berkesan lagi.
  6. kita tidak harus berkata KENAPA SAYA? Kita seharusnya bersyukur kerana kita telah dipilih.
  7. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
  8. Kegagalan bukan bermakna kita tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna dengan kita perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
  9. Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
  10. "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
  11. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang kita lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  12. Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
  13. Tiada siapa yang berhak mengecop kita sebagai orang yang gagal,kecuali diri kita sendiri.
  14. Sekiranya kita menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa kita ke mana-mana.
  15. Kesialpan-kesilapan lalu memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
  16. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk kita mencuba lagi untuk berjaya!!.
  17. Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas pada hakikatnya!!.
  18. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.
  19. Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
  20. Sekali gagal, tidak bermakna kita telah tewas,.....kita hanya tewas apabila kita telah berputus-asa.

So bangunlah daripada dibuai mimpi...dalam kontek pelajar kita tidak seharusnya berfikir kita tidak boleh untuk buat itu dan ini...org yg selalu bagi alsan adalah org yang gagal pada hakikatnya...so untuk trus berjaya dan berjaya berusahalah bersungguh-sungguh..seorg pelajar yg berjya merupaakn seorg pelajar yg berani mgambil risiko bukanlah seorg pelajar yg pngecut...tewas sebelom berperang dimedan ilmu... 







Friday, April 25, 2014

Jihad

mujahadah itu pahit
kerana syurga itu manis
itula lumrah kehidupan
#satu islam#satusyahadah