Hidup ini sangat la indah..
andai kita memandang dan melihatnya dengan
indah..
Hidup ini amat la derita..
Renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa
kita diciptakan di bumi ini..
Demi menenangkan hati yang celaru..
Demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan..
Supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita
laksanakan di muka bumi ini..
Dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di
dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan
manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )
( Adz-Dzariyat 51:56 )
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta..”
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )
Sering kali kita terdengar luahan rasa
insan-insan yang berputus asa ketika diuji. Ada ketikanya, mereka mencari
penyelesaian yang salah, mencederakan diri sendiri, menyakiti diri sendiri,
menyeksa diri sendiri dan seumpamanya.Ada jua yang sering menyalahkan takdir
yang menimpa diri, mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka, memikirkan
tiada yang menyayangi diri mereka, termasuklah Allah yang difikirkan tidak
pernah memihak pada kehendaknya.Ada jua yang memikirkan mati jalan penyelesaian
bagi penderitaan yang dihadapi. Pabila iman di dada semakin tipis, aqidah yang
dipelajari sedari kecil semakin pudar, yang tinggal hanya desakan nafsu dan
hasutan syaitan. Inilah yang akan terjadi.
Ini bukan sekadar kata-kata kosong. Kata-kata yang
tidak memahami tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar. Kerana diri ini jua
pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu. Mujur, saat
dugaan datang menyapa, iman diri walaupun menipis, masih lagi ada saki baki
iman kekal teguh di jiwa yang menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang
buruk.
Janganlah cepat berputus asa dalam meniti ujian yang
mendatang. Janganlah mencari salah siapa atas dugaan yang menimpa. Redhakan lah
diri. Lapangkan hati. Bukakan lah minda. Terima ketentuan setiap yang terjadi.
Yakinlah dengan setiap hikmah yang ada. Kukuhkan lah kesabaran dalam jiwa.
“Janganlah kamu berputus asa daripada
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”
(Az-Zumar 40:53)
(Az-Zumar 40:53)
“Dengan
mengingati Allah, jiwa pasti akan menjadi tenang”
Bila terbaca akan petikan ini, teringat
akan kejadian yang telah menimpa sahabat
sekuliah iaitu Nurul Auni Wajihah dan Suami Muhammad Rabani..Sesungguhnya
begitu berat dugaan yg menimpa mereka di usia perkahwinan mereka yg baru 2
bulan..Mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 17 Apri
2014.. yg mana keadaan k.auni agk kritikal..manakala bani tidak mengalami
kecederaan yg serius...alhamdulillah pembedahan tulang belakang k.auni berjaya
dilaksanakan pada 27 April 2014. Sekarang Alhamdulliah beliau dalam keadaan
stabil dan ceria2 selalu disamping suami tercinta,keluarga tersayang dan juga
sahabat handai.
Sekitar majlis perkahwinan mereka
sekitar kejadian....di Muar, Johor
Keadaan k.auni di Hopital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Berat mata yg memandang namu berat lagi bahu yg memikul....itulah ungkapan yg sesuai digambarkan ketika pelawat yg datang melaeat k.auni...namun apa yg saya nampak semasa datang melawat...k.auni sentiasa tersenyum kepada setiap pelwat yg datang...riak wajahnya tidak menunjukkn kskitan yg dialami...namun hanya k.auni dan Allah yg tahu akan keadaan yg sebenar...terserlah kekuatan dan ketabahnya distu...
Sesungguhnya K.auni dan bani berjaya melepasi tahap
ujian ini dengan kesabaran yg tinggi...kalian teramat kuat dalam
menghadapinya..saya sngt bangga dengan kalian berdua...bersyukurlah kerana
kalian adalah insan yg terpilih untuk mengarungi ujian ini...dan kalian mmg
bertuah mmpunyai keluarga, sahabat dan kenalan yg sangat prihatin akan keadaan
kalian...mungkin disebalik kejadian yg menimpa kalian ada seribut hikmah yg
disabaliknya yg tiada siapa tahu akannya kecuali Allah S.W.T. Mgkin juga ini
sebagai ujian untuk mnguji kekuatan cinta halal kalian..semoga cinta kalian
utuh walaupun apa jua melanda..melainakan ajal dan maut yg memisahkan.
Pecayalah bahawa dugaan dan ujian itu adalah penyeri
kehidupan. Itulah hakikatnya. Tersenyumlah sahabat ketika dirimu diuji. Kerana
ketahuilah, dengan diuji, kita tahu bahawa Allah masih mengambil berat tentang
kita. Tak mengabaikan kita dan menyayangi kita. Lalu kita diuji untuk Dia mengetahui
tahap keimanan diri kita terhadap-Nya. Untuk Dia ketahui tahap kita
mencintai-Nya. Ujian jua untuk menguji kesabaran kita dalam menghadapi musibah
yang telah menimpai....
Tanpa ada ujian, tiadalah serinya hidup kita. Terasa
pudar dan hambar tanpa ada sebarang cabaran untuk kita hadapi. Kegembiraan itu
hanya dapat dirasai apabila kesedihan berlalu. Bahagia itu datang pabila derita
dapat diatasi. Dugaan dan ujian ini juga untuk mengajar kita supaya berfikir
dan menjadi lebih kuat dan tabah dalam menjalani kehidupan harian di dunia ini.
Betapa halus cara Allah mendidik kita agar kita tak
terleka dalam menghadapi dunia yang fana ini. Carilah hikmah yang tersembunyi
di sebalik setiap kejadian kerana yakinlah dugaan yang datang bukan untuk
menghukum tetapi untuk membimbing diri kita. Jadi jelaslah sekarang cara yang
paling sesuai ketika menghadapi dugaan hidup adalah menyerahkan hatimu kepada
Allah. Mohonlah perlindungan dan bantuan-Nya. Kerana Allah itu Maha Mendengar
dan Maha Mengetahui segala yang tersirat di dalam nuranimu. Allah jua yang
mampu menbantu kita kerana Allah itu Maha Berkuasa.
(p/s: “bila engkau
memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan
ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damai lah hatimu, kerana masakan Allah
sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia..bukan Allah tak tahu
deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana
Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan lebih mudah untuk
dekat dan akrab dengan-Nya..”)
#pRaY4aUnIEbAniE
Smoga k.auni cpt smbuh...dan dpt msuk kuliah....belajar bersama dgn daiemuda tercinta....
0 comments:
Post a Comment